Selasa, 26 Februari 2013

TakeAnote:)

Hidup ini bagaikan sebuah perlayaran mencari harta karun. Perlu mengharungi segala jenis ombak yang mendatang. Kadang-kadang kita terjumpa lubuk ikan di tengah laut. Mungkin itu perangkap samar untuk kita. Namun, tanpa kita sedari kita terus leka menangkap ikan tersebut sehingga kita lupa akan tujuan asal pelayaran ini.

Jangan tertipu dengan ilusi maya di lautan fantasi. Jika tiang layar kita patah di tengah pelayaran, kita perbaiki dan kuatkan ia. Jadikan pengalaman sebagai kompas untuk kita mencari harta karun. Yang penting, jangan lupa harta karun adalah impian kita.

:')

Perempuan biasanya mencintai seseorang lelaki dari hati, 
bukan dari bibir, sebab itu bibir mereka sentiasa 
tersenyum walaupun hati sentiasa menangis.. :')

:)

Ketika Allah mengambil sesuatu dari genggamanmu, 
SEDARLAH.. bahawa.. DIA membuka tanganmu 
untuk menerima sesuatu yang lebih BAIK.. :)

♥ THANK YOU ♥